Sunday, 16 June 2013

Zaman bujang

setelah hampir 24 tahun aku masih diberi nyawa untuk terus hidup di dunia ini,  masa terus berlalu tanpa mempedulikan apa yang terjadi disekelilingnya, walau apa terjadi ianya tidak akan pernah berhenti.

Telah ramai rakan-rakan seusia aku  telah meninggalkan zaman bujang mereka satu persatu iaitu telah menemui  jodoh yang ditetapkan oleh yang Maha Esa dengan pasangan-pasangan yang dicintainya  tetapi ramai juga yang masih bujang seperti aku, dimanakah jodoh ku? bilakah jodoh ku? siapakah jodoh ku? semuanya belum terjawab, mungkin pada masa akan datang setelah aku bertemu jodoh dan membaca kembali tulisan-tulisan zaman bujang ini akan mengingat kembali zaman ini.^^

 seorang lagi rakan yang meninggalkan zaman bujang

Monday, 3 June 2013

bercuti bukan membazir

kadang2 sibuk hari2 sampai tak ade mase dengan keluarga... sebuk mengejar apa yang ramai orang inginkan iaitu kekayaan@duit.. tapi nak buat ape kalo kumpul duit je banyak tapi tak happy, sebab tu kadang orang yang miskin ,hidup di rumah kecil, tak ade aircond, tilam tak tebal, selimut tak cantik tapi mereka tidur lebih LENA berbanding orang yang hidup serba mewah sebab bukan orang kaya2 tu tidur nyenyak sangat..kikiki.
dan bukan juga orang kaya makan dengan banyak sekali jenis lauk mereka lebih berselera berbanding orang yang makan hanya 1-2 jenis lauk... itu lah dunia... tuhan sangat adil, lihatlah dia membahagi2 nikmat ..
begitu juga bercuti walaupun sehari sahaja bercuti bukan bermakna orang kaya yang cuti berhari2 tu lebih happy... maka dengan nekad aku pon mengambil keputusan untuk bercuti..hihi
habis stress aku lari selepas cuti.. ^^
#terrible writing, fortunately i'm not malaysian.. still learning# =)



bergambar tanda kenangan..^^